BACA ONLINE -NOVEL KIMCHI BUAT AWAK

Spread the love

NOVEL SURI RYANA

BAB 1

Joesonghabnida!”
Tercungap-cungap aku meminta maaf di dalam Bahasa Korea apabila terlanggar lengan kiri lelaki di hadapanku ini. Sempat aku menjeling ke arah jam di tangan dan setelah itu, kelam kabut aku mengutip tiketnya yang melayang di atas lantai. Ah, nasib baik sempat! Macam mana la aku boleh bangun lewat hari ni?
“Chungmal Joeseonghabnida” Ucapku lagi seraya menghulurkan tiket tersebut kepadanya sambil membongkokkan badan.
Dengan kasar lelaki di hadapanku ini merampas tiket yang berada di dalam genggamanku. Tergamam seketika aku jadinya. Kemudian, dia menepis-nepis lengan bajunya yang kulanggar sebentar tadi. Gaya seperti buang habuk dari badan pulak.  Ini sudah lebih! Tajam matanya menikam anak mataku membuatkan aku terus sahaja berpaling ke hadapan. 
Ya Allah, geramnya! Kalau aku tahu mamat ni kerek, tak ingin aku nak minta maaf, bongkokkan badan macam nenek kebayan bagai tadi.  Sepanjang aku kat Korea, belum pernahlah lagi aku jumpa lelaki Korea sekerek mamat ni. Semuanya baik-baik belaka dengan aku. 
Ah, tapi, salah aku jugak rempuh dia tadi tanpa bagi salam. Itulah jadinya bila asyik sangat memecut sampai tak nampak orang! Aku mula memarahi diri.Baru sahaja ingin melangkah, lelaki di belakangku ini bersuara.
“Jang-nim!”
Sinis sekali perkataan itu menghiris gegendang telingaku. Jang-nim? Dia cakap aku buta? Sabar Bella, Sabar! Aku hanya mampu memejamkan mata dan mengetapkan bibir sahaja saat ini. 
Lelaki tinggi lampai yang tadinya berada di belakangku kini berada betul-betul di sebelahku. Terus sahaja aku mendongakkan wajah untuk memandang ke arahnya. Tajam sekali matanya menikam anak mataku. Gaya seperti nak ajak gaduh pun ada jugak! 
“Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!” Selamba sahaja aku berkata begitu bersama senyuman sinis di bibir.  
Berani kan aku? Memanglah berani sebab aku tahu, dia bukan faham pun Bahasa Melayu!  Namun tak sampai beberapa saat bertentang mata, anak mata terus kularikan ke arah lantai. Gerun pulak aku. Manakan  tidak, matanya masih tidak berkelip. Masih tajam menikam wajahku.  Gulp! Baik aku berambus dari sini.
Tanpa memandang ke arahnya, aku terus mengheret laju bagasi Samsonite dengan tangan kanan. Tangan kiri pula, dengan kalut kuangkat sedikit untuk melihat waktu pada jam. Sempat ni. Sempat! Aku cuba untuk positif. Anak mata kularikan ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini. 

itulah pertemuan pertama Bella dan Daniel Lee

Pada blog ini, Saya juga sudah menyediakan link untuk menonton film Kimchi buat awak. Maka saya juga menyediakan link untuk membaca novel ini.

Kimchi buat awak ini menjadi cerita tersendiri bagi saya, karena awal saya suka dengan novel Melayu. Berasal dari nonton film Kimchi buat awak, kemudian penasaran seperti apa sich novelnya. Apakah filmnya sudah menggambarkan keseruan novelnya. Kemudian saya mencari novel ini. Ditemukan bab per bab

Dan ternyata novelnya lebih seru daripada filmnya. Salsabila tidak semudah itu luluh hati dengan Daniel. Dalam novel, karakter Bella dapat dipahami dengan jelas

Dari Kimchi buat awak, kemudian penasaran dengan penulisnya, Suri Ryana

BACA ONLINE KIMCHI BUAT AWAK

BAB 1 Bab 2 BAb 3 Bab 4 Bab 5 Bab 6 Bab 7 Bab 8 Bab 9 Bab10 Bab 11 Bab 12 Bab 13 dan 14 Bab 15 Bab 16 Bab 17 Bab 18 Bab 19 Bab 20 Bab 21 Bab 22 Bab 23 Bab 24 Bab 25 -58

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *